Saturday, August 9, 2008

Keluasan Neraka yang amat dasyat



Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a.w. "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

>>Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
>>supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
>>yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
>>benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
>>merasa aman daripadanya."
>>
>>Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
>>Jahannam."
>>
>>Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
>>selama
>>seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
>>sehingga
>>putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
>>tidak
>>pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
>>dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
>>dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
>>yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
>>digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
>>kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>>andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
>>itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
>>bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>>andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
>>orang-orang yang di hujung timur kerana
>>sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
>>dan
>>minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
>>api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
>>bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>>
>>Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
>>rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
>>di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
>>tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
>>kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
>>
>>Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
>>Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
>>orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
>>a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
>>tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
>>orang shobi'in bernama Saqar.
>>
>>Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
>>bernama
>>Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
>>
>>Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
>>diam
>>segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
>>terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
>>orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
>>sempat bertaubat."
>>
>>Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
>>sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
>>sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
>>Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
>>seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
>>"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
>>a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
>>ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
>>kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
>>sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
>>kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
>>
>>Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
>>sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
>>Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
>>
>>1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>>2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>>3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>>4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>>5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>>6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>>7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
>>8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
>>9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
>>lautan
>>racun yang hitam pekat.
>>10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
>>11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
>>
>>Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
>>
>>Wallahua'lam.
>>
>>Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>>
>>" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
>>turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
>>Kami
>>menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
>>dilaknat
>>oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
>>
>>Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
>>Sampaikanlah
>>pesanku biarpun satu ayat..

No comments: