Saturday, October 4, 2008

Rahsia di sebalik Air Sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Sunday, September 28, 2008

Kemaafan di Aidilfitri

Ada masanya
Ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati
Teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya
Sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula
Terciptalah kemaafan terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Takkan lama ianya terpisah
Bertaut di Hari Raya

Pada Nur Ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan Syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Menjadi sebagai tangan kiri dan kanan
Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah kepada ukhuwah
kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja
Segala sengketa lama
Yang membeku dijiwa
Di bulan yang mulia
Hari yang bahagia
Moga ukhuwah
Terjalin selamanya.

Sunday, August 31, 2008

Ihya' Ramadhan

MaLaM ItU PaNjaNg, JanGaN DiPenDeKkAn DenGaN TiDur, SiaNg iTu TeRaNg, JaNgAn DiGeLaPkaN dEnGaN dOsA, HaTi ItU GeRsAnG, SuBuRiLaH DeNgAn zIkRuLLaH.. Di bulan yg mulia ini, sama2lah kita mendidik diri ini spy m'jd insan yg berguna & sempurna akhlaknya. Istiqomah dlm beribadah.

Monday, August 11, 2008

BERSYUKURLAH

Siti Zubaidah adalah Diriwayatkan seorang wanita bangsawan yang

kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya

sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang

menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan

segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika

bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya

itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh

telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah

apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah

menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan

syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu

semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku

tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku

menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah

berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di

dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"


"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh

dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang

sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat

yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya

"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu

catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di

kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus

aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat

kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan

akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih

simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya

lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak

Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah

ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan

keseronokkan serta kemewahan dunia.


Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.

burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian

itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP

3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA

4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

BERINGATLAH

22 tanda hari kiamat semakin hampir

>1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

>2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

>3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

>4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

>5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

>6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

>7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

>8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

>9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

>10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

>11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

>12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

>13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

>14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

>15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

>16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

>17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

>18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

>19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

>20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

>21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

>22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Saturday, August 9, 2008

Keluasan Neraka yang amat dasyat



Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a.w. "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

>>Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
>>supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
>>yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
>>benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
>>merasa aman daripadanya."
>>
>>Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
>>Jahannam."
>>
>>Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
>>selama
>>seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
>>sehingga
>>putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
>>tidak
>>pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
>>dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
>>dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
>>yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
>>digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
>>kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>>andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
>>itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
>>bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
>>andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
>>orang-orang yang di hujung timur kerana
>>sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
>>dan
>>minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
>>api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
>>bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>>
>>Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
>>rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
>>di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
>>tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
>>kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
>>
>>Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
>>Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
>>orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
>>a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
>>tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
>>orang shobi'in bernama Saqar.
>>
>>Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
>>bernama
>>Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
>>
>>Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
>>diam
>>segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
>>terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
>>orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
>>sempat bertaubat."
>>
>>Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
>>sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
>>sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
>>Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
>>seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
>>"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
>>a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
>>ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
>>kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
>>sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
>>kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
>>
>>Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
>>sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
>>Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
>>
>>1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>>2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>>3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>>4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>>5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>>6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>>7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
>>8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
>>9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
>>lautan
>>racun yang hitam pekat.
>>10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
>>11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
>>
>>Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
>>
>>Wallahua'lam.
>>
>>Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>>
>>" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
>>turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
>>Kami
>>menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
>>dilaknat
>>oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
>>
>>Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
>>Sampaikanlah
>>pesanku biarpun satu ayat..

10 Alasan Positif bahawa anda terpilih sebagai pasangan hidupnya

1.Si dia mengakui kebohongan yg telah dikatakannya pada masa lalu.

2.Si dia memperkenalkan anda kepada orang-orang yang `dekat'dengannya.

3.dia memperlawa untuk menghantar anda pulang ke rumah.

4.Si dia mengakhiri percakapan di telefon dengan ucapan, "Aku Cinta Padamu" meski ketika dia sedang berada di pejabat.

5.Si dia mengatakannya "Saya yakin awak akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak saya."

6.Si dia selalu ada ketika anda memerlukannya.

7.Si dia membela anda ketika keluarganya memberi komen tentang anda.

8.Si dia berhenti melakukan olahraga yang berbahaya hanya kerana dia menyedari bahawa betapa besarnya risiko misalnya ditimpa kemalangan.Oleh itu kerana tidak mahu anda bersedih, dia menghentikan hobinya yang mungkin boleh menyebabkan dirinya dalam keadaan bahaya.

9.Si dia selalu mengajak anda pada setiap acara keluarga.

10.Si dia mengajak anda membuka akaun bersama

Friday, August 8, 2008

10 Alasan anda di tinggalkan

1.Anda terlalu banyak bicara.

2.Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.

3.Anda tidak tertawa saat dia berlawak.

4.Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan tersebut.

5.Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.

6.Percakapan yang anda `jalinkan' tidak bersangkutan dengan percakapannya.

7.Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawakan pesanan anda.

8.Anda terlalu banyak mengeluh.

9.Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda Tanya.

10.Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal.





Wednesday, August 6, 2008

Renungan...

assalamualaikum.....
Ucapan Saidina Ali sebagai renungan....
Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia
bangun.Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui
keampunanNya.Nilai seseorang itu diterima oleh
perbuatan baik.Orang yang manis lisannya akan banyak
mendapat teman.Peribadi seseorang itu tersembunyi di
bawah lisannya.Dengan perbuatan yang baik orang
merdeka dapat diperbudakkan.Janganlah memandang kepada
siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang
dibicarakan.Tidak  ada kemenangan
bersama
kedurhakaan.Tidak ada pujian bersama kesombongan.Tidak
ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.Tidak
ada kemuliaan bersama adat yang bejat.Tidak ada
kesentosaan bersama kedengkian.Tidak ada kebenaran
dengan meninggalkan perbincangan.Tidak ada keperwiraan
dengan
meninggalkan perbincangan.Tidak ada keperwiraan
bagi pendusta.Tidak ada kemuliaan yang melebihi
ketakwaan.Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi
taubat.Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan
daripada kebodohan.Manusia itu musuh dari apa yang ia
tidak ketahui.Allah menyayangi seseorang yang
mengenal
keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya
melampaui batas.Mengulangi meminta maaf itu
mengingatkan kesalahan.Musuh terbesar itu ialah yang
paling tersembunyi tipu dayanya.Hikmah adalah milik
orang beriman yang
hilang.Yang jijik itu menghimpun
segala aib yang buruk.Nasihat di tengah khalayak ramai
itu adalah satu celaan.  
 
ukhwah itu indah JIKA bertemeu dan berpisah KRN ALLAH..:D

Tuesday, August 5, 2008

15 PERKARA MALAPETAKA MENIMPA UMAT ISLAM

  1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja
  2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan (khianat terhadap amanah)
  3. Zakat dijadikan hutang (tidak mahu mengeluarkan zakat)
  4. Suami taat pada isteri
  5. Anak mendurhakai ibu bapa
  6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya
  7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya
  8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
  9. Orang-orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu

10.Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya 11.Arak diminum di merata-rata tempat

12.Kaum lelaki ramai memakai sutera

13.Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja 14.Banyak jenis muzik dimainkan 15.Generasi umat Islam pada zaman ini menyalah-nyalahkan generasi yang terdahulu (para sahabat)

æáÚä ÂÎÑ Maka sabda Baginda s.a.w. lagi : “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin

merah atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain."

Monday, August 4, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekorsyaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suamiterhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hatiisteri terhadap kejujuransuami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullahtidak akan masuk rumahsehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT

Saturday, July 26, 2008

freshkn otak ketika mengantuk

Kalau mengantok bacalah teka teki ni.... > >Dalam Banyak2 air,air apa yg paling >berani?Ha.Ha.Ape bende tu?! > > > >Kalau nak tahu,

jawapannya ialah air kopi..eh.eh >takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani >terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!! > >

>Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...nak tau cari >sendiri... > > >takdok eh..jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD..saja buat >lawak..tak paham jugak.ala kepala le.. > >

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk >kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg >brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln >terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x... > >

>Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam >la niiii.....ha jwp2.... > > >nak tau jwpnye... > > >siput babilaaaaa.....ye la siput >bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye..... > > >

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai >apa yang paling berat? > >Jawapaaaaaaannya ialah > > > >Sungai Besi...Ha...ha...ha...lawak >tak... alahhhh,lawaklah ye.. > >

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah.saya bagi 2 saat. >oklah > > >jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...MUAHAHAHA..... >WASSALAM > > >


Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati? > > >aku tak sanggup dah tengok >hampa teriak. jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia. > > >


Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...keh >keh keh..jawab jgn tak jawab.. > > > >nak tau apa.huruf TA dan YA laa...kan jadi >TAYAR tu..HEHEHE > > >


Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa..pikiaq2..apa? >kasut batu..salah maa.. > > > >kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka???? > > >


Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar >seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? > > >jawapannya ialah meter bas tulah > > >


Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh >kahwin ...ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya? > > >aahh >jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara pasangan >bercinta lerrr ..hehehehe > > >


Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa? > > >orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!! > > >

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi >pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti >lemah IQ kan.. > > >jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau >tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji > > >

Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah? >kui..kui..kui > > >jwpn dia umuq >la.ish...ish...ishhampa ni > > >


Murid1:Cikgu,Sungai seget di mana?.Cikgu:.....(Diam jer). > >Murid2:Ha kau alik rumah nanti kau pergi tanya mak kau.Ajak pergi >bercuti sekali kat sana. Bila dirumah. > >Murid1:Emak!Sungai seget kat mana?Jom kita >gi ercuti!. > > >Emak:Palahotakko!Sape yang nak cuti kat tepi parit tu! (Sungai seget tu >kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu) > > >

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR >ADAPAN? ANDA DIBERI SATU SAAT UNTUK MENJAWAB. > > >TRETT!!!MASA SUDAH TAMAT.SEBABNYA >IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN > > >


Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya >dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi. >Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun >jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah. > > > >


Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina? > > >jawapannye betina ler.. >pasal dia pakai pad.hehe > > > >


Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu >ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, >titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah......... > > >Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot! > > >


Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari,(any >nswer?) > > > >...............................................lembu yang hilang lah >ngok. > >kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu. > > >


Hidupan apa didalam laut paling tua. > > >jawapannya udang sebab dia sudah >bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha-- > > >


Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring >dia berdiri.......? Jawab2 jangan tak jawab. > > >Ape? tak tahu jawapannye la >senang >je jawapannye tapak kaki la...... > > >


Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu... > > >jawapan nyer :ikan sardin. >sebab nyer dier duduk dlm tin.. > > >

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU >ANDA PERLU TUTUP DAHULU?JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. > > >TAK >TAHU..TENTULAH HIDUNG.. > > >


APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? > > >HA JAWAPANYA MESTILAH >KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK >TAK SESUAI TAU. > > > > > > > > > > > > > > >

Friday, July 25, 2008

Islam Agama yang syumul

Bismillah...

Assalamualaikum... Islam Adalah Agama yang syumul... oleh itu, terima la lagu nasyid altenatif hiphop ini...