Siti Zubaidah adalah Diriwayatkan seorang wanita bangsawan yang |
| kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya |
| sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang |
| menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan |
| segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika |
| bagi menghormati azan. |
| Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya |
| itulah amalan yang sentiasa dijaganya. |
| Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh |
| telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah |
| apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah |
| menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" |
| Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan |
| syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu |
| semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku |
| tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku |
| menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. |
| Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah |
| berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di |
| dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka" |
|
|
| "Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh |
| dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang |
| sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat |
| yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya |
| "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu |
| catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di |
| kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus |
| aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat |
| kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan |
| akan mendapat 10 pahala. |
| Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih |
| simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya |
| lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak |
| Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah |
| ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan |
| keseronokkan serta kemewahan dunia. |
|
|
| Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. |
| burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian |
| itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! |
|
|
| Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: |
| Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: |
| 1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. |
| 2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP |
| 3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA |
| 4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR |
| BERINGATLAH 22 tanda hari kiamat semakin hampir |
| >1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). |
| >2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. |
| >3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. |
| >4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. |
| >5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. |
| >6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban. |
| >7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya. |
| >8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. |
| >9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. |
| >10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. |
| >11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). |
| >12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. |
| >13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. |
| >14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. |
| >15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, |
| >16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. |
| >17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. |
| >18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama. |
| >19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. |
| >20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya. |
| >21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik). |
| >22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
|

No comments:
Post a Comment